Aduan Rakyat

Hero rancangan Aduan Rakyat TV3

Rancangan Aduan Rakyat yang disiarkan setiap Rabu Jam 930 malam di TV3 boleh menjadi pemangkin kepada kejayaan 1Malaysia iaitu Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Siri ini boleh menarik minat semua lapisan masyarakat sekiranya pihak TV3 betul-betul berniat ikhlas dan jujur dalam memaparkan permasaalahan rakyat. Adalah diharapkan permasaalahan atau isu yang dibangkitkan biarlah berbentuk sejagat dan ianya betul-betul merupakan masalah keseluruhan rakyat.

Adalah diharapkan Aduan Rakyat akan menemukan punca sebenar permasaalahnan tersebut timbul dan dapat pula mengenengahkan pihak yang berwajib dan bertanggungjawab terhadap penyelesaiaan masalah tersebut.

Ketua-ketua Jabatan Kerajaan samada di peringkat persekutuan, negeri dan daerah perlu diperolehi penjelasannya. Sebenarnya mereka ini lebih maklum dan perlu bertanggungjawab terhadap segala aduan rakyat ini. Mereka tidak boleh berselindung di belakang pihak lain dan menunding jari masalah ini kepada pihak permerintah terutama Wakil Rakyat.

Sebarang masalah dan kesulitan yang timbul sebenarnya menunjukkan tanda kecacatan dan kelemahan jentera perlaksanaan yang didokong oleh 1.2 juta penjawat awam.

Paksu sarankan Aduan Rakyat perlulah mencari punca sebenar timbulnya sesuatu masalah itu selain dari hanya memaparkannya sahaja untuk tontonan hiburan semata-mata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s