Cerita Mussibah………

Malang tidak berbau kata pepatah Melayu. Ia boleh berlaku pada bila-bila waktu dan tidak kira dimana kita berada. Begitu juga dengan kemalangan jalanraya yang tetap meningkat saban hari walaupun perbagai kempen dan peraturan diadakan bertujuan mengurangkannya. Inilah tanda kebesaran Allah SWT yang perlu kita terima bahawa dianya iaitu Allah Maha berkuasa dan dialah yang menentukan segala-galanya. Kita sebenarnya hanya mampu merancang dan berusaha melakukan apa yang diperintahkannya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.

Begitu juga dengan kejadian lain yang sering menimpa manusia seperti penyakit, teraniaya, kecurian, usia tua dan kesulitan-kesulitan lain juga merupakan mussibah yang dikenakan Allah sebagai ujian terhadap kita mahluknya.
Hari Tua
Dari Abu Hurairah,Rasulullah bersabda ‘Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah maka dia akan menimpakan mussibah kepadanya’.
Dan didalam surah Al-Baqarah ayat 286 berbunyi ‘Allah tidak membani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya’.
Itulah mussibah, dia boleh datang pada bila-bila waktu. Kita hanya mampu bersabar menerimanya dan banyak-banyaklah mengingati kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Mohonlah perlindungan darinya dengan bertaqwa kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

p.s. Paksu hanya mampu berdoa Alhamdulillah, Tuhan yang telah memberi segala kebaikan dan kebajikan kepada ku dari bala yang menimpa mereka.

One thought on “Cerita Mussibah………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s