Padang Permainan Kanak-Kanak 1Malaysia………


Pagi tadi semasa berjogging di sekitar kawasan perumahan di Bandaraya Alor setar, paksu terpandang satu pemandangan yang sangat menyakitkan mata dan hati. Sebenarnya pemandangan ini tidak asing bagi rakyat Malaysia terutama bagi gulungan biasa yang tinggal di kawasan perumahan murahan.

Alasannya mudah aja,”Tiada peruntukan” dan yang pastinya masyarakat setempat pun bukan ambil kisah sangat akan keadaan taman permainan kanak-kanak ini kerana ianya tidak melibatkan kaum ibu-bapa. Mereka tiada kepentingan dan langsung tidak kisah akan kepentingan dan keperluan kanak-kanak.

Kesian kepada gulungan kanak-kanak sekarang ini, tiada siapa yang memperdulikan mereka. Patutlah bila mereka dewasa, perasaan hormat kepada orang tua dan pemerintah makin nipis.

Siapa yang bersalah dan bertanggungjawab tidak menjadi isu. Isunya di Malaysia ini banyak benda yang terbiar dan membazir terutamanya kemudahan awam dan keperluan rakyat bawahan. Mengapa dan siapa bertanggungjawab, lu pikiiiiiiiiirlah sendiri. (pinjam kata-kata Nabil).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s