Pilihanraya Punya Pasal………….

PilihanrayaSejak akhir-akhir ini rakyat Malaysia amat teruja dengan pilihanraya terutamanya pilihanraya kecil. Tidak hairan kalau sekali sekala terdengar sembang-sembang kedai kopi yang berharap ada Adun atau MP kawasannya yang meninggal dunia bagi membolehkan PRK diadakan.

Pilihanraya terutamanya PRK sekarang ini bagaikan satu Pesta Besar-Besaran yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia kini. Bagi mereka tempoh lima tahun adalah terlalu lama untuk dinantkan.

Pilihanraya atau PRK sebenarnya banyak menguntungkan pihak-pihak tertentu selain para peniaga dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengannya. Yang rugi dan yang terkena pun ada juga. Namun rakyat boleh dapat banyak faedah melaluinya.

Buktinya PRK Hulu Selangor telah memberi banyak manafaat kepada rakyat jelata khususnya orang-orang di Hulu Selangor. Tentunya makan free hari-hari disediakan dan ditambah lagi dengan pelbagai bantuan dan cenderahati. Semua gulungan berpeluang memperolehinya.

Melalui PRK Hulu Selangor ini juga kompoun JPJ yang dicadang untuk dinaikkan dari RM300 ke RM1000 dibatalkan. Gaji Pengawal Keselamatan juga diumumkan kenaikannya bermula julai ini dengan kadar RM1000-RM1400 sebulan. Bekas Peserta Felda Sg.Buaya yang projeknya tergendala sekian lama telah diberi jaminan dan wang pndahuluan sebanyak RM50K seorang. Semua ini kerana PRK.

Sebenarnya kerajaan boleh mengumumkan banyak lagi perkara untuk kepentingan rakyat. Dan sebenarnya inilah yang dikehendaki oleh rakyat jelata selama ini. Ada banyak lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan serta kehendak rakyat yang patut kerajaan pertimbangkan.

Kerajaan patut pertimbangkan elaun bulanan untuk semua warga emas, rawatan perubatan percuma untuk semua gulungan rakyat, meminimumkan yuran pengajian di IPTA dan IPTS, memastikan setiap penduduk memiliki rumahnya sendiri dan pelbagai lagi kehendak rakyat seperti motto 1Malaysia iaitu ‘Rakyat didahulukan”.

Kalau ini semua berlaku, kerajaan akan lebih mudah menarik sokongan rakyat dan akan berterusan memerintah negara ini tampa gangguan atau ancaman dari pihak pembangkang.

P.s.Paksu tetap sokong mana yang baik dan betul.

One thought on “Pilihanraya Punya Pasal………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s