Tahniah MBM Distributors SB……..

Orang Malaysia selalu merungut tidak mendapat layanan yang memuaskan dari perkhidmatan kaunter terutama bila berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Perkara ini berlarutan dari dulu sampai sekarang pun belum terbayang akan perubahannya berbanding dengan layanan yang diberikan di pejabat sektor swasta.

Setiap pejabat swasta kini mula menempatkan pegawai perhubungan pelanggan untk melayani sebarang pertanyaan dari pelanggan manakala di pejabat kerajaan selalunya hanya ada kaunter pertanyaan tampa manusia.

Jumaat baru ni Paksu mengunjungi pusat service perodua yg dimiliki oleh MBM Distibutors di Seberang Jalan Putera Alor Setar untuk tujuan ‘service’ Myvy kesayangan Paksu.

Paksu amat terkejut dengan layanan yang diberikan oleh staff disitu yang amat mesra pelanggan dan memberi layanan VIP macam yang didakwa diperolehi oleh pemilik kereta mewah lain. Selain dari menyediakan tempat menunggu yang selesa untuk pelanggan, sarapan pagi percuma turut disediakan.(Katanya untuk hari jumaat sahaja)
Ruang tempat menunggu pelanggan

Siap tempat anak2 bermain

Siap ada tempat kanak-kanak bermain

Paksu dok terbayang bilalah keadaan dan layanan sebegini akan berlaku di pejabat-pejabat kerajaan. Kesian paksu kepada orang-orang kampung dan pengunjung pejabat kerajaan yang kurang mendapat layanan sepatutnya diberikan kepada mereka.

Mungkinkah penjawat awam terlalu banyak kerja atau kekurangan staff untuk melayan pelanggan atau memang dah budaya mereka memandang rendah terhadap mereka yang datang mendapat perkhidmtan di pejabatnya.

P.s.kalau nak berhubung dengan pejabat kerajaan kena pakai kemas-kemas dan bergaya baru depa layan lebih……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s