Berlaku Baiklah Terhadap Jiran Tetangga


Dari Abu Dzar meriwayatkanbahawa baginda Rasulullah bersabda : ” Jangan kamu menganggap remeh pada sesuatu amal kebaikan yang kecil. Sekiranya kamu tidak mendapati satu amal yang lain, temuilah saudara-saudara kamu dengan wajah yang gembira. apabila kamu memasak sayur-sayuran atau membeli daging masaklah dengan melebihkan kuahnya dan berikanlah sedikit kepada jiran-jiran kamu. (HR Tirmizi)

Ini adalah amalan baik yang paling mudah dan senang untuk diamalkan oleh kita semua.
Amalan ini tidak memerlukan kos yang banyak serta ilmu yang tinggi untuk dilaksanakan.
Amalan ini boleh dilakukan setiap hari dan pada bila-bila masa demi mendapat berkat dalam kehidupan kita.
Pahalanya ya Allah amat besar dan amalan ini amat dituntut oleh Agama kita, Islam iaitu menghargai dan menghormati jiran tetangga kita.

Apalah sukarnya untuk memberi sepiring kueh-mueh untuk jiran kita
Apalah sukarnya untuk memberi sepingan masakan kita untuk jiran kita
Apalah sukarnya untuk memberi sebiji-dua buah-buahan untuk jiran kita
Apalah sukarnya untuk memberi sedikit buah tangan kepada jiran kita sekembalinya kita dari bercuti.

Jadilah amalan baik ini sebagai gaya hidup baru kita
Berilah hadiah diantara satu sama lain bagi mengeratkan lagi tali silarurrahim sesama kita.

Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat dia hendaklah memuliakan jirannya”.(At Targhib)

Ayuh, bermula hari ini, mari kita teruskan amalan baik ini bagi yang telah melakukannya dan kepada yang belum mari kita mulakan dengan apa jua pemberian yang termampu oleh kita seperti memberi apa yang kita beli di Pasar Tani atau memberi apa yang kita masak pada hari ini.

Ingat pepatah lama kita, Buat baik akan dibalas baik. Insyaallah semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan membantu menjadikan kehidupan kita lebih bermakna serta mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s