Kerja sampingan di rumah lebih lumayan.

Nasi lemak
Gambar hiasan: Pasangan ini menjual nasi lemak dari jam 0630am-0930am setiap hari dengan harga sebungkus RM1. Sebagai wanita yg sememangnya pandai memasak, dia menggunakan pengalamannya dengan sedikit penambahbaikan telah berjaya menjadikan nasi lemaknya sebagai barangan jualan.

Ceritanya:

Semua orang sekarang bercakap pasal kegawatan ekonomi, kenaikan harga barang, susah mendapat peluang pekerjaan dan tingginya kos sara hidup.

Selain dari itu, kita lihat sekarang manusia hidup bagai burung atau haiwan lain dimana pada sebelah paginya semua keluar meninggalkan rumah untuk ketempat kerja dan setelah 8-12 jam baru kita kembali semula kerumah kita. Kalau dulu hanya sang suami atau kaum lelaki sahaja yang keluar mencari rezeki, tapi kini semua anak, cucu, suami, isteri, menantu dan sesetengahnya ada juga gulungan atok juga terpaksa keluar mencari rezeki atau sumber kewangan untuk menampung kehidupan.

Kesian juga Paksu tengok kadang-kadang terjumpa orang perempuan yang boleh dipanggil makcik terpaksa bertugas sebagai pencuci di R&R atau perhentian rehat di lebuh raya pada waktu tengah malam. Dan senario ini boleh kita tengok di komplek-komplek pejabat kerajaan dan shopping complex ramai suri-suri rumah bertugas sebagai pekerja pencuci atau tukang sapu dan sekarang ini ada yang menjadi pengawal keselamatan.

Paksu bukan menentang atau tidak bersetuju dengan usaha untuk menambah pendapatan. Cuma kita perlu lebih kreatif dan melakukan pekerjaan yang sesuai dan baik untuk semua pihak terutama anak-anak dan rumah tangga kita.

Kerja sampingan dirumah sepatutnya menjadi pilihan yang terbaik untuk kaum wanita. Ini adalah kerana selain dari memperolehi sumber kewangan, mereka juga dapat menjaga rumah tangga termasuk menyediakan makan minum untuk anak dan suami serta menguruskan rumah agar menjadi persekitaran yang baik dan sesuai umtuk keluarga.

Paksu: Lebih suka bekerja di rumah kerana kita bebas dan tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak..janji masyuk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s