Penjawat Awam pun pinjam Ah Long.

wang

Adakah ia punca segala masalah ?


Penjawat Awam Terjebak Dengan Ah Long Kerana Beli Kereta

PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) — Kira-kira dua hingga tiga peratus penjawat awam di sini, dikesan menghadapi masalah kewangan agak serius kerana terjebak meminjam wang dengan ah long, kata Anggota Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau berkata keadaan ini menyebabkan gaji bulanan penjawat awam terbabit sering tidak mencukupi.

Katanya mereka yang terlibat terdiri daripada petugas kumpulan sokongan yang didapati sanggup meminjam daripada ah long, antaranya semata-mata bagi membeli kereta.

“Dalam kes terbaru yang diterima Pusat Khidmat Anggota Parlimen, terdapat seorang penjawat awam meminjam dengan ah long sebanyak RM7,800 untuk membeli kereta.

sumber : Bernama

He.he.he…….
Sebenarnya bukan setakat pinjam Ah Long sahaja, ada banyak lagi Ah long yang berlesen yang selalu dikunjungi penjawat awam untuk mendapatkan pinjaman mudah. Bank Rakyat, Koperasi Kakitangan, Bank Pertanian, dan banyak lagi Institusi-Institusi kewangan berlesen yang cukup baik hati untuk memberi kemudahan pinjaman kepada kumpulan penjawat awam.

Minggu sudah keluar kenyataan dari Presiden Ceupacs mengatakan penjawat awam banyak terlibat rasuah.Dan hari ini keluar pula kenyataan mengatakan ada penjawat awam terlibat dengan pinjaman Ah Long. Apa maknanya semua ini.Mungkin ini petanda baik untuk semua penjawat awam kerana lepas ni kerajaan mungkin akan menaikkan gaji anda semua. Berdoa lah anda sekelian agar Bang Najib akan simpati dan bermurah hati untuk menaikkan gaji penjawat awam.

Paksu berkata: Tak guna wang banyak kalau hutang pun banyak. Biar tiada wang asalkan tiada hutang………he.he.he….paksu pun dok bertarung nak selesaikan hutang-piutang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s