Kenduri orang kahwin-apa istimewanya

Semalam hari ahad merupakan hari minggu pertama cuti persekolahan, kenduri kahwin di merata kampong dan taman perumahan. Paksu menerima 4 undangan yang semuanya di Perlis.

Haziri kenduri kahwin anak kawan isteri Paksu.


Kenduri yang pertama Paksu haziri agak selesa walaupun hujan sedang turun. Ini adalah kerana kenduri ini diadakan di Dewan SJK Khoon Aik, Kangar. Yang menariknya, kenduri ini diadakan serentak di dewan yang sama oleh keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Bapa pengantin lelaki menyambut tetamu di sebelah kanan dewan manakala keluarga pengantin perempun menunggunya di sebelah kiri.

Tentu ini menjimatkan, boleh berkongsi belanja jamuan makan, sewa dewan, pelamin, jurukamera dan juga lain-lain urusan seperti penyediaan PA sistem dan pasukan kompang. Bagus juga belajar berkongsi kerana selepas ini banyak lagi urusan yang akan dikongsi bersama.

Indah sekali bila pelamin diletakkan di atas pentas dewan


Jemputan mengambil sendiri makanan dengan selesa sekali


Paksu bergambar kenagan dgn cikgunya semasa sekolah rendah 1963-1969

Selepas solat zohor, Paksu berkunjung pula ke Tok Paduka rumah kenduri kedua iaitu rumah Cikgu Ku Adnan. Ini merupakan cikgu Paksu semasa zaman sekolah rendah dahulu. Sekarang dia nampak sungguh sihat dan sama seperti dulu dan kami sekarang sama-sama bersahabat baik macam anak murid dengan cikgunya. Alhamdulillah, ternampak laksa yang menjadi kesukaan orang Perlis terus membuka selera Paksu.

Berkhatan, kena kenduri juga.......


Dan akhirnya, Paksu sempat juga bertandang kerumah saudara sepupu Paksu di Taman Perumahan dekat Padang Katong Kangar. Cikgu Rashid yang mengajar di SMK Syed Saffi turut juga buat kenduri kerana mengkhatankan anak sulungnya. Hanya menjamah sedikit bubur kacang kerana perut telah sarat isinya. Yang penting dapat tunaikan jemputan dan sama-sama meraikan kegembiraan mereka. Jazakallahhu Khairon.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s