Ada lagi kisah kantoi di Pejabat kerajaan

JPN Perlis

Pagi tadi bergegas Paksu dan anak ke Bangunan Persekutuan Kangar perlis untuk ke pejabat Pendaftaran. Sebenarnya semalam setelah membuat panggilan telefon ke pejabat berkenaan, anak Paksu dimaklumkan bahawa Kad Pengenalannya telah siap dan boleh di ambil pada hari ini Khamis di Pejabat berkenaan.

Anehnya, setelah tiba di pejabat berkenaan seawal pagi dan berurusan dengan bahagian perhubungan pelanggan,kami dimaklumkan bahawa status kad pengenalan tersebut masih dalam urusan percetakakan. Yang jadi semakin lawak dan kartunnya seorang makcik tua dan anaknya sedang bersungut di kauter berdekatan kerana menghadapi masalah yang sama. Lagi pelik bin bingungnya makcik berkenaan sebenarnya menerima panggilan telefon dari pejabat berkenaan semalam memintanya datang ke pejabat berkenaan untuk mengambil kad pengenalannya.

Sebagai seorang pesara kerajaan dan menghormati ethika hidup, Alhamdulillah kesabaran Paksu tetap ada, dan berlalu pergi tampa marah-marah dan menyatakan kepada pegawai berkenaan, kalau lambat siap pun tak apa,bukan ada apa-apa masalah pun. Cuma beritahu sahaja tarikh yang sebenarnya untuk kami datang semula.

Inilah dia, kalau cakap saja tapi tak serupa bikin. Rupanya ada lagi kes-kes sebegini denganorang kera jaan.

2 thoughts on “Ada lagi kisah kantoi di Pejabat kerajaan

  1. ummul says:

    hurm…bukan semua jbtn kerajaan mcm tu. bergantung pada pengurusan organisasi tu sndiri la..dats y la kena pi smbg degree in management~ huhuu

    • Paksupencen says:

      ya betui……kekadang org bawah ni lebih cacmca dari bubur……eknya mengalahkan orang atasan,langsung tak tau menghargai pelangan atau rakyat yg berusan dengan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s