Kos masuk IPT mencecah ribuan ringgit.

Menteri IPT Datuk Khaled Nordin hari ini menjelaskan bahawa pelajar yang tidak mampu boleh menangguhkan pembayaran yuran untuk mendaftar masuk ke mana-mana IPT.

Kolej Mara Banting untuk kursus persediaan pengajian luar negara penganjuran MARA


Anak bongsu Paksu semasa mendaftar masuk k KBM yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dibidang perubatan di luar negara.

Memang tidak dinafikan, kos kemasukan anak ke IPT boleh mencecah ribuan ringgit meliputi bayaran yuran pendaftaran dan lain-lain perbelanjaan urusan kemasukan mereka. Bermula dari urusan pemeriksaan kesihatan, pembelian peralatan dan pakaian serta kos perjalanan mendaftar masuk boleh mencecah kepada 4 angka.

Kepada yang berkemampuan, kos ini tidaklah menjadi rintangan atau halangan. Masaalahnya akan timbul bila seseorang itu tidak mempunyai pendapatan tetap atau terdiri dari gulungan yang tidak berkemampuan. Alhamdulillah sekarang ini banyak pertubuhan-pertubuhan NGO dan agensi kerajaan yang sudi menyalurkan bantuan ini.

P.s. Paksu pun terpaksa menggali banyak tabung untuk membiayai kos menghantar anak bongsu ke Kolej Mara Banting baru-baru ini. Walaubagaimanapun Alhamdulillah selepas ini semua perbelanjaan akan dibiayai sepenuhnya oleh penganjurnya iaitu MARA.

One thought on “Kos masuk IPT mencecah ribuan ringgit.

  1. gbpencen says:

    Pak su tentu berbangga kerana ada anak yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kosnya pun masih boleh dicari dan kalau nak bantuan pun tentu ada jalannya.

    Dulu, masa kita, lulus gred 2 SPM 1968.. abang punya mesorat 2 / 3 orang depa, akhirnya saya kena pukoi padi dengan motong getah selama 2 tahun dulu… teliox dengan orang masuk tingkatan 6.. Pusat Kemahiran, langsung tak ada… abntuan, jauh sekali….

    Nasib baik dapat masuk jadi cikgu…

    gbpencen …terkenang rakan lain yang terus memotong sampai la ni, ada yang memotong sampai mati…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s