Ragam orang pencen

Semalam 1 Julai di Kg Tok Kayaman , Perlis Paksu dan ramai rakan-rakan lain sempat berkunjung untuk memberi penghormatan terakhir untuk jenazah Allahyarham Abd.Hamid Ahmad sahabat semasa sama-sama dalam perkhidmatan kerajaan dulu.

Ramai rakan-rakan samada yang sedang dalam perkhidmatan dan yang telah bersara berkunjung dan jadi macam majlis reunion geng pencen pulak. Macam-macam cerita timbul dan saling bertanya khabar mengenai satu sama lain, almaklum lama tak bertemu dan bersua muka.

Ramai yang sangat teruja dengan perjumpaan ini walaupun dalam suasana bersedeh dengan pemergian Allahyarham Abd.Hamid yang sangat mesra dengan rakan-rakan sekerjanya. Perjumpaan ini menjadi lebih bermakna bila CEO Felcra Berhad bekas majikan Allahyarham turut sama datang dan bersembahyang jenazah bersama-sama kami semua pada hari itu.

Sempat merakam gambar bersama CEO Felcra Bhd.EN.Juzilman (dua dari kanan)

Bila dah pencen, selalunya jarang dapat bertemu semula kecuali di tempat majlis kenduri kahwin atau majlis mengunjung jenazah. Selalunya selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan, kumpulan ini berada dalam beberapa kategori.

1. Kumpulan yang terpaksa menghabiskan masanya dengan urusan merawat dan menjaga kesihatan kerana menghidapi
penyakit kronik dan tidak sihat.

2. Kumpulan yang meneruskan urusan sehariannya seperti masa dalam perkhidmatan dulu kerana sibuk menguruskan
perniagaan sendiri atau terus berkhidmat dengan syarikat-syarikat tertentu selepas persaraan.

3. Kumpulan yang menjalani kehidupan baru dengan beristirehat dan menikmati keindahan hidup sebenar bersama keluarga
setelah sekian lama berkhidmat untuk negara.

Pilih dan letakkan diri anda pada kategori mana yang sepatutnya apabila tiba waktu persaraan nanti. Semuanya ini adalah ketentuan Allah SWT dan dia Maha mengetahui dan Maha berkuasa. Namun semua itu bergantung kepada senario kehidupan lampau kita termasuk gaya hidup dan amalan serta ibadat kita seharian. Wallahhualam.

P.s. Paksu nak berehat cukup-cukup dan tidor bagi cukup-cukup kerana dulu semasa bertugas selalu kurang tidur memikirkan masalah rakyat…….

2 thoughts on “Ragam orang pencen

  1. kakzaa says:

    paksu..
    mcm arwah ayah kite dulu…
    mlm2 lepas balik mesjid..keluar lah depa berdua..cari makan kt kedai2 yg best…….
    kite sbg anak ni pun seronok tgk….kengkadang dok mengaji quran sama sama…

  2. Jebat says:

    Saya pun tak lama lagi dah nak pencen. Kalau boleh memang nak pilih kategori ke-3. Tapi kena ada simpanan yang banyak ataupun income selain pencen yang steady la.. Apa sekalipun saya angkat topi kepada Paksu kerana walaupun dah pencen masih pandai menguruskan laman blog sendiri. Syabas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s