Punca kegagalan Usahawan Baru

Bulan ini dan seterusnya penjawat awam yang genap umurnya 58 tahun akan mula meninggalkan alam kerjaya sebagai Penjawat Awam. Ada setengah tu dok berkira nak terus bekerja dan ada pula dok merancang nak melaburkan wang ganjaran agar ianya terus berlipat ganda jadinya.

Kepada yang berhajat nak menjadi usahawan selepas persaraan, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian agar pelaburan anda mendapat pulangan yang sepatutnya. Takut nanti duit yang ada tak jadi bertambah tapi sebaliknya lesap entah kemana pergi.

Orang pencen selalu digelar OKB dan mula berangan nak buat macam2.

Untuk makluman anda semua, hasil kajian Small Business Administration (SBA) 44% usahawan baru gulung tikar dalam jangkamasa 5 tahun dan 2/3 usahawan baru selalunya menutup perniagaan mereka dalam tempoh 2 tahun menjalankan perniagaan.

Mengikut statistik yang dikeluarkan mereka beberapa faktopr tersebut adalah punca kepada kegagalan ini:

– memulakan perniagaan pada masa yang tak sesuai
– Pengurusan yang lemah
– Modal yang tak mencukupi
– Masalah lokasi perniagaan
– Kegagalan dalam merancang
– pengembangan perniagaan yang tak terkawal
– tidak menggunakan pembangunan laman web dan IT.

Jadi renung-renunglah buat seketika dan perbetulkan niat terlebih dahulu sebelum menceburi apa jua bidang yang dipilih. Yang penting anda perlu ada Ilmu Pengetahuan yang sangat baik dalam sesuatu bidang yang akan diceburi itu. Jangan terus percaya kepada apa yang anda lihat dan dengar.

P.S. Paksu kalau dah umur 58 nak berehat aje dan nak menikmati hidup sebenar seperti kata ayat 56 surah Adz-Dzaariyaat bermaksud ” Dan aku tidak jadikan Jin dan Manusia, melainkan agar mereka beribadah kepadaku”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s