Menghubungkan Silaturrahimi

Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : ” Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahimi diantara saudara-saudaranya. (HR Bukhari)

Hadith ini mudah sangat difahami dan menerangkan betapa perlunya kita terutama yang beragama Islam patut saling berhubung diantara satu sama lain bagi samada menyambung semula atau mengeratkan lagi silaturrahimi sesama kita.
Sebenarnya kita banyak mempunyai teman dan saudara mara samada keluarga, sekampong, satu sekolah atau kolej, satu taman perumahan dan yang paling ramai sekali teman sekerja yang rasanya hampir separuh usia kita bersama mereka.

Selalunya kita akan terus terputus hubungan selepas tamat persekolahan atau belajar di IPT, atau berpindah tempat tinggal atau bertugas dan selalunya bila dah pencen atau berhenti kerja kita akan terus terputus hubungan dengan kawan-kawan yang dulunya bukan main lagi akrabnya. Ada tu yang tidur sebantal, sekatil dan serumah tapi bila semuanya dah berpisah terus yang dulunya rapat sekali menjadi renggang dan kekadang terus hilang dalam ingatan.

Bagi yang sedang bekerja, tentulah usaha ini agak rumit kerana sibuk dengan tugas dan urusan masing-masing. Walaupun dalam era IT ini kita sepatutnya lebih dekat, tapi ada juga manusia yang lemah ini tidak dapat menikmati kecanggihan kerana tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk mengamalkan seruan hadith tersebut.

Kepada gulungan yang pencen macam Paksu ni, inilah hobi baru yang termampu dibuat iaitu menghubungkan semula tali silaturrahimi yang terputus sekian lama samada dengan kaum keluarga dan sahabat handai.Kini Paksu menjadi pengguna laman Facebook untuk bersembang dan berhubung dengan rakan-rakan lama dan saudara-mara. Dan kalau berkesempatan, kami semua akan melapangkan sedikit masa untuk berbual dan minum bersama.

Kepada gulungan pencen macam Paksu, eloklah mula belajar aktifkan diri anda dengan penggunaan Facebook yang kini telah dilanggani oleh 500 juta pengguna dari seluruh dunia. Bukan setakat nak bersembang, nak berniaga pun masih boleh dengan Facebook ini. Kalau yang tak ada komputer kat rumah lagi, cepat-cepat berkunjung ke kedai Telekom untuk dapatkan Net Book percuma sebelum stok masih ada.

Menghubungkan silaturrahimi

Bekas Pengarah paksu dari Ipoh berkunjung dan bertemu anak buahnya di Alor setar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s