Cerita Pelajar hilang dipaksa kahwin anak gadis Tok Guru Silat.

Dari keratan akhbar Utusan mengenai kehilangan Mohd Firdaus yang dilapor hilang oleh keluarganya di Setapak Kuala Lumpur:

KANGAR 30 Julai – Seorang penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir, Mohd. Firdaus Mohd. Fuzi (gambar), 27, yang pulang ke negara ini bercuti di Kuala Lumpur hilang sejak dua minggu lalu setelah pulang dari Padang Besar, Perlis.

Mohd Fuzi bapa kepada Mohd Firdaus

Bapa Mohd Firdaus membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya tersebut.

Secara kebetulan Paksu telah berjumpa sendiri dengan Mohd Firdaus yang dilapor hilang oleh keluarganya di Kuala Lumpur pada pagi tadi Jumaat 6 Ogos 2010 di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis di KM 1.2 Jalan Mata Air, Perlis.

Mohd Firdaus hanya tersenyum lebar apabila diajukan soalan mengenai berita kehilangannya serta perbagai cerita lain yg di sensasikan oleh akhbar harian sepanjang minggu ini.

Beliau menyatakan itu semua fitnah dan dan merupakan masalah dalaman dan perselisihan keluarga dan menafikan berita yang beliau di culik dan dipaksa kahwin oleh Guru silat dengan anak gadisnya.” Ini semua karut dan fitnah dan sebenarnya saya telah merancang begitu lama dan berkahwin mengikut peroses biasa dengan kelulusan Pejabat Agama”

Beliau yang kelihatan seperti biasa dan nampak begitu gembira kerana baru kembali dari berbulan madu setelah hajatnya berkahwin dengan gadis pilihannya tertunai sudah walaupun tidak direstui oleh kedua ibubapanya.

Manakala Zubir Mat Isa 46 tahun yang juga merupakan seorang Guru silat yang didakwa memaksa Mohd Firdaus dan Bunyamin mengahwini dua anak gadisnya iaitu Zuraida 24. dan Zakirah 21 bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada kedua ibu bapa pasangan lelaki yang memfitnah beliau dan satu sidang akhbar untuk membersihkan nama beliau akan diadakan pada Sabtu 7 Ogos 2010 nanti.

Kes ini menjadi sensasi kerana akhbar harian edisi utara melaporkan setiap hari pada minggu ini mengenai perkahwinan dua anak gadis Guru silat dari Padang Besar Perlis dengan pelajar dari Mesir yang pulang bercuti itu Mohd Firdaus Mohd Fuzi 27 dari Setapak Kuala Lumpur dan pasangannya Zuraida Zubir 24 serta Bunyamin Abas 21 dengan Zakirah Zubir 21. Bunyamin Abas dari Padang Besar adalah merupakan anak kepada jiran Zubir mat Isa Guru Silat dari Padang Besar, Perlis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s