Mohd Firdaus 27, yang sedang bercuti di Perlis kini telah selamat berkahwin dengan gadis pilihannya Zuraida Zubir 24 iaitu anak kepada seorang guru silat yang menetap di Padang Besar, Perlis. Mohd Firdaus menafikan berita akhbar harian edisi utara yang melaporkan dirinya di culik dan dipaksa berkahwin sepertimana yang didakwa oleh keluarganya.
Beliau mengenali gadis pilihannya itu sejak 2007 lagi iaitu semasa menuntut di IPTIPs, Perlis dan berhasrat untuk membawa isterinya kembali ke Mesir setelah tamat percutiannya kelak. Beliau ditemui ketika menghaziri kuliah mingguan di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis di jalan Mata Air Perlis pagi tadi.