Pesta di bulan Ramadhan……..

Ramadhan

Bulan Ramadhan di Malaysia bagai Pesta Promosi Makanan

Setiap tahun ketibaan Ramadhan akan di sambut meriah terutama oleh gulungan peniaga Pasar Ramadhan. Sebulan sebelum ketibaannya masing-masing sibuk membuat persiapan awal terutama beusaha untuk mendapatkan tapak-tapak jualan yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah atau Kerajaan Tempatan setiap negeri.

Sebagaimana tempat-tempat lain, di Bandaraya Alor Setar Pasar Ramadhan yang popular seperti di Perkarangan Stadium Darulaman, Taman PKNK, Pantai Johor, Taman Wira dan Jalan Putera menjadi tumpuan ramai pada setiap hari.

Di sini harganya masih murah kerana dengan RM1 anda boleh mendapatkan 3 biji kueh dan kebanyakan juadah dijual dengan kadar harga RM2 hingga RM3. Paksu yang kebetulan hanya ada tiga beranak di rumah boleh cukup dengan RM3@ 9 biji untuk mendapatkan kueh bagi tujuan berbuka puasa. Nasi dan lauk selalunya Mak Su akan memasaknya sendiri kerana ianya lebih berselera dan memang telah menjadi teradisi keluarga kami.

Walau apa pun, jangan kita lupa tujuan sebenar kedatangan Ramadhan. Biarlah puasa kita betul-betul sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh agama kita. Carilah sedikit ilmu dan beramallah dengannya agar kita memperolehi ganjaran yang terbaik dari Allah SWT atas ibadah puasa kita itu.

Dan jangan lupa budaya memberi makan orang berbuka puasa dengan menghantar sedikit juadah kepada jiran atau saudara mara kita sebagimana budaya ibu bapa kita di kampong suatu masa dulu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s