Jamuan buffet menjadikan kita tamak.

Gambar hiasan: menikmati jamuan buffet...........

Sempena bulan Ramadan selalunya berduyun-duyun kekawan kita yang akan mencuba berbuka atau memang suka berbuka puasa di Hotel. Selalunya orang-orang kita ni, tidak berapa kisah sangat pasal ethika menghaziri jamuan buffet. Setengah tu berpendapat “apa ku kesah” asalkan kita bayar.
Bukan apa, sebenarnya orang suka memerhati gelagat kita terutama yang melanggar ethika. Lagipun apa yang kita lakukan sebenarnya melambangkan keperibadian diri kita. Jadi jagalah adab dan gaya anda terutama ketika makan, minum. berbual, ketawa dan juga cara berpakaian.

Ini ada sedikit cerita mengenai ethika jamuan buffet secara umum untuk perhatian anda.

Gunakan pinggan atau bekas yang sesuai atau sepatutnya yang disediakan, Jangan ambil terlalu banyak sehingga memenuhi pinggan atau bekas sehingga nampak membukit. Ambil makanan dengan jumlah yang mampu kita habiskan. Lebih baik ambil sedikit dahulu dan jika mahu lagi, makanan atau minuman boleh ditambah. Lebih selamat ambil sedikit kerana ada berbagai jenis makanan yang hendak kita cuba dan rasa.
Jangan malu berulang-alik ke meja hidangan untuk mengambil makanan walaupun beberapa kali. Itulah cara yg sebetulnya dan sepatutnya kita mulakan dulu dengan yang ringan sebagai pembuka selera dan seterusnya hingga akhir sekali makanan pencuci mulut. Buanglah tabiat tamak takut hidangan tidak mencukupi dengan menghidangkan semua jenis makanan penuh diatas meja anda. Nikmatilah juadah yang tehidang dengan keadaan tenang dan bersantai sambil berborak ringan dengan teman atau keluarga.

Berbarislah dengan tertib dan jangan berebut-rebut semasa mengambil mengambil makanan. Jauhkan perbuatan berebut-berebut. Gunakan pinggan yang baru yang boleh didapati dari tempat yang disediakan dan jangan sesekali membawa pinggan yang sedang anda gunakan bagi tujuan untuk menambah atau mengambil makanan baru.

Apa-apa pun bersabar dan makan perlahan-lahan kerana hotel memberi masa yang agak panjang semasa jamuan buffet ini dan makanan yang disediakan insyaallah mencukupi. Dan yang penting pastikan hotel berkenaan menghidangkan jamuan buffet “Halal” untuk anda.

One thought on “Jamuan buffet menjadikan kita tamak.

  1. SBY says:

    Salam. Saya x brapa sihat dari 1minggu sebelum posa sampai hari nih. . Alhamdulillah dah 2 hari makan dah cover 60% balik macam biasa. Hampir 10 Ramadhan pertama kat atas tilam je.. Tak lalu makan / tido & pening2.+ ddmam kat 1 minggu.. nyaris2 kena denggi.. (minta dijauhkan).

    Kena plak biz dah 3 bulan -ve..Lepas raya nih kena cari kerja kot…. Saving dah nak abisss…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s