Malang tidak berbau-1 masuk parit 2 hampir masuk sungai

Malang tidak berbau, dia boleh tiba pada bila masa dan dalam apa jua keadaan.Pagi tadi ketika kita sibuk bersiap untuk ke tempat kerja dan menghantar anak sekolah iaitu pada jam lebih kurang 0700 pagi telah berlaku satu kemalangan yang melibatkan 4 buah kereta dan 2 buah motorsikal. Kemalangan ini berlaku di jalan Simpang Empat Perlis -Arau di persimpangan jalan ke Utan Aji berhampiran Kilang Beras Maju.

Kemalangan ini berlaku kerana penunggang motorsikal dan pemandu kereta berkenaan gagal untuk mengawal kenderaan masing-masing kerana melalui jalan yang dikatakan licin akibat tumpahan minyak di atas permukaan jalan tersebut.

hampir measuk sungai...........



permukaan jalan (bertanda) menjadi licin akibat tumpahan minyak .....entah dari mana


Tiada kemalangan jiwa terjadi dan mereka yang terlibat hanya mendapat cedera ringan sahaja.
Begitulah sesuatu bala atau kemalangan itu boleh terjadi akibat dari perbagai sebab. Tiada panduan atau resipi yang boleh menghalangnya kerana kita sebagai umat Islam perlu percaya bahawai ini semua terjadi dengan kehendak dan kuasa dia. Kita tidak mampu atau berkuasa untuk menghalangnya.

Apa yang boleh kita lakukan ialah sentiasa beringat, bersabar dan berdoa kepada dia mohon diletakkan kita di bawah perlindungan dia Allah yang Maha Berkuasa.

Sekurang-kurangnya sebelum kita keluar dari rumah atau untuk memulakan sesuatu kerja atau sebarang urusan hendaklah kita selalu mengingati Allah dan berdoa ” Dengan Nama Allah, aku berserah diri kepada Alah, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah “.
HR Abu Daud dan Al-Hakim………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s