Merdeka kah kita ?

MERDEKA KAH ANDA ?


Selamat bercuti sempena tarikh menyambut hari kemerdekaan negara kita Malaysia. Semakin hari, tarikh keramat ini semakin dingin untuk dirayakan seperti meraikan tarikh ulangtahun kelahiran diri kita.

Dulu sewaktu diri kita kecil atau atau anak-anak kita masih kecil, bukan main meriah lagi sambutan harilahir ini dibuat dengan perbagai cara. Bila dah semakin besar dan tua-tua macam Paksu ni, orang nak ucap selamat hari lahir pun dah tak selera.

Begitulah agaknya nasib Negara kita Malaysia yang kini telah 53 tahun mencapai usia kemerdekaannya. Bukan setakat nak laungkan “MERDEKA” malah nak kibarkan bendera pun kena paksa dan dari pengamatan Paksu, hanya orang-orang yang berkepentingan sahaja yang nak tak nak terpaksa ikut memasangnya.

Mengapakah ini berlaku, lu pikirlah sendiri. Yang pastinya adakah anda merasa anda sudah merdeka ? Merdeka dari segenap sudut terutama kehidupan duniawi yang kini penuh cabaran samada yang berkaitan pekerjaan kita, sosial kita dan yang pastinya diri kita sendiri.

Paksu Alhamdulillah pada hari ini genap 13 tahun merdeka daripada setiap pagi kena berkejar untuk ke Pejabat pada atau sebelum jam 800 pagi pada setiap hari bekerja iaitu satu amalan yang wajib dilakukan sepanjang perkhidmatan kita.

Paksu kini sedang berusaha memperolehi dan menikmati erti sebenar-benarnya kemerdekan dalam menjalani kehidupan yang sementara di dunia ini Insyaallah. Begitulah juga harapan Paksu untuk sahabat semua agar merdeka dari segala bentuk penjajahan kehidupan duniawi ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s