Alangkah baiknya kalau setiap waktu dipenuhi begini.

Sepanjang bulan Ramadan surau dan Mesjid penuh sesak dengan umat Islam dari pelbagai peringkat umur dan jantina. Keadaan menjadi semakin bertambah sesak dan meriah bila masuk waktu sembahyang Isyak dan seterusnya bertaraweh. Terdapat juga pehak-pehak tertentu yang menganjurkan jamuan berbuka puasa untuk jamaahnya di surau dan mesjid dengan menghidangkan perbagai juadah makanan.


setiap malam surau dan mesjid disepanjang Ramadan penuh dgn jamaahnya.

Keadaan ini selalunya tidak kekal dan lazimnya surau dan mesjid akan kembali lengang dan sepi seperti sediakala apabila selesai sahaja solat sunnat hari raya melainkan pada hari Jumaat. Suasana ini tidak menghairankan kita semua kerana ianya berlaku sejak berzaman sebelum ini. Mesjid dan surau ini selalunya menjadi tempat orang-orang tua dan pencen bersolat jamaah sedangkan sesetengah mazhab berpendapat orang lelaki sepatutnya wajib untuk melakukan solat fardhu berjamaah di tempat dimana dia mendengar azan dilaungkan.

Wallahhualam, kenalah para pendakwah dan ustaz-ustaz terus mewarwarkan betapa penting dan affdzalnya bersembahyang jamaah di mesjid dan surau kepada umat semua agar ianya menjadi amalan kepada kita semua sepertimana kita beramai-ramai memenuhi surau dan mesjid untuk bersolat sunnat taraweh disepanjang bulan Ramadan al-Mubarak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s