Perginya seorang rakan Ibnil Hajad ke Rahmahtullah

Harini 6 september 2010 seorang lagi rakan sama-sama bertugas dahulu telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Gunung sali, Mergong alor setar. Ibnil hajad 52 tahun yang pernah bertugas dengan Felcra Kedah/perlis bermula tahun 80an sehingga memilih untuk bersara secara pilihan pada 1997 yang lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam 5 September 2010 jam 530 petang di PMC Alor setar kerana masalah pendarahan usus.

Beliau yang menetap di Taman Anggerek Mergong Alor Setar meninggalkan seorang balu Puan Zaleha yang berkhidmat di Pejabat felcra Berhad Negeri Kedah serta 3 orang anak.

Alhamdulillah ramai rakan-rakan yang sama bertugas dengannya di felcra dahulu telah dapat hazir untuk mengziarahi jenazahnya dan mendoakan agar rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman dengan Allah swt.

Antara bekas rakan sekerja yang turut hazir


Pengerusi Persatuan Exstaff Felcra dan wakil KPFB dari Kl

Kali terakhir Paksu bersama Allahyarham ialah pada 25 Julai lalu dimana kami sama-sama minum petang dan sarapan pagi dalam sesi pertemuan rakan-rakan Exstaff Felcra di alor setar sempena kedatangan En Mohd Ali Mohd Noor dari ipoh kesini.
Begitulah ajal seseorang itu, ia boleh datang pada bila-bila waktu yang ditentukan oleh Allah Maha Berkuasa.

Nasehat paksu kepada semua dan diri Paksu yang masih sihat dan berpeluang hidup diatas muka bumi Allah ini ialah sama-samalah kita berusaha beribadat dan mengerjakan suruhan Allah swt agar nanti kita juga mendapat tempat sepertimana orang-orang yang beramal soleh dan beriman dengan Allah swt.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s