Akhirnya semua kita akan melalui ini.

Inilah perjalanan akhiran hidup kita.


Minggu ini Paksu berkesempatan mengziarahi dua jenazah kenalan Paksu yang telah kembali ke Rahmahtullah dalam usia awal 50an.

Talah menjadi hukum alam bahawa kehidupan kita di dunia ini semuanya akan berakhir dengan kematian. Tarikh,tempat dan bagaimana caranya adalah ketentuan Allah swt dan hanya dia yang Maha bekuasa dan Maha mengetahuinya.

Menyedari hakikat ini, satu persoalan timbul sejenak dalam benak fikiran ini iaitu adakah kita telah bersedia menghadapinya atau adakah kita mengetahui bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan di hitung baik buruknya di akhirat kelak.

Oleh itu berbuat baiklah di dunia ini sementara kita masih bernafas dan senantiasa ingatlah akan kematian dengan mendekati Allah swt agar kematian kita didalam Hasnul Khatimah ( Sebaik-baik pengakhiran).

Akhirnya amatilah lirik lagu yang begitu popular sedikit masa dulu dan selalu dinyanyikan di dalam majlis-majlis keagamaan.

Bila Izrail datang memanggil
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan kan kedinginan
Terkujur kaku di pembaringan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Apa yang ada amalan kita
Itulah hanya pembela kita

Tinggal semua yang dikasihi
Berbakti lah hidup sepanjang masa…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s