Had umur bersara 60 ?

Guruku

had umur persaraan akan dinaikkan ke umur 60......masih berminat lagikah dengan kerjaya anda tuuu


Desas – desus bertiup kencang bahawa kerajaan Ds Najib akan mengumumumkan kenaikan had umur persaraan perkhidmatan awam dari 58 tahun kepada umur 60 tahun pada pembentangan budget oktober ini.

Isu ini adalah lanjutan dari permohonan yang dibuat oleh pihak cupecs kepada kerajaan atas alasan banyak negara-negara maju lain menetapkan had umur persaraan mereka diantara 60-62 tahun.

Paksu bukan nak membangkang atau menidakkan isu ini. Cuma alasan tersebut diatas tidak begitu kukuh dan sebenarnya jarang sangat ada orang bekerja kerana tersangat minat dan suka dengan pekerjaan itu. Apatah lagi kalau terpaksa bekerja begitu lama dari seusia muda hingga hari tua.

Terus terang kita katakan kebanyakan dari kita minat sangat bekerja sehingga usia tua ini adalah kerana imbuhannya yang lumayan iatu wang.Dan kebanyakan dari kita amat sayang untuk melepaskan apa yang kita perolehi hasil dari pekerjaan itu. Dengan lain perkataan kita terpaksa berkerja kerana wang.

Apakata kalau kita minta kerajaan bayar kepada kita pencen yang tinggi seperti di- negara-negara maju lain yang menetapkan gaji akhir kakitangan mereka sebagai bayaran pencen bulanan. Lagipun kadar kiraan pencen yang digunakan kerajaan sekarang boleh diminta untuk dinaikkan agar kakitangan yang bersara memperolehi pencen bulanan yang tinggi, jadi tak perlulah cupecs minta untuk berkhidmat sampai usia setua 60 tahun.

P.s.Bersara tidak semestinya tidak bekerja,berkhidmat tidak semestinya bekerja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s