Baik bersara masa sihat dan bertenaga………


Kerajaan mengumumankan baru-baru ini bahawa had umur bersara penjawat awam akan kekal pada 58 tahun dan tiada cadangan untuk menaikkan umur persaraan sekarang kepada 60 tahun seperti yang disarankan oleh cuepacs.

Kepada yang masih sihat dan berminat untuk terus k terus berkhidmat gunakanlah kemahiran dan pengalaman yang kononnye dimiliki itu dengan mencari pekerjaan di tempat lain atau cubalah mengekploitasikannya agar ianya boleh mendatangkan faedah. Sebenarnya setelah bersara kita akan merasa lebih bebas dan boleh menentukan apa saja arah haluan untuk meneruskan kehidupan seterusnya.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai penyakit kritikal seperti kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung dan yang selalu berulang-alik ke hospital serta sering bercuti sakit semasa usia 50an dan ketika masih bertugas eloklah bermuhasabah diri dan belajar-belajar untuk beristirehat.

Dari pengalaman saya selama bersara ini, saya lihat ramai rakan-rakan yang berpenyakit sedemikian jarang sekali boleh sembuh dan sihat seperti sediakala. Banyak dari mereka akhirnya telah pergi terlebih awal sebelum sempat menikmati alam persaraan. Ingatlah penyakit itu sebenarnya jalan menuju maut.

Akhir sekali nasihat paksu, biarlah kita bersara masa sihat dan kuat. Biarlah kita dapat merasai pula nikmat hidup sebenar seorang hamba Allah setelah hampir separuh dari usia kita dihabiskan dengan kehidupan seperti “Robot” yang memperhambakan diri kepada kehidupan duniawi.

3 thoughts on “Baik bersara masa sihat dan bertenaga………

  1. Abu Bakar bin Daud says:

    Betul kata mak cik tu, kalau dah gayut watpe lagi dok opis, pi dok di surau atau jaga cucu pulak. pelanggan dah tak mau mcm tu dok kat kaunter. meluat. pastu depan pelanggan dok pot pet pot pet, menyampah dengar.

  2. Average Joe says:

    Salam…

    betul tu tuan, tak perlulah dilanjutkan lagi had usia bersara wajib. 58 tahun dah cukup baik. berilah peluang kepada adik-adik (dan anak-anak) yang lebih junior dalam perkhidmatan awam untuk naik ke gred-gred kanan sepertimana pakcik-makcik sekalian nikmati sebelum ini.

    sedih mendengar penjawat awam berusia yang tahun-tahun akhir perkhidmatan mereka dicemari dengan cuti sakit yang berpanjangan dan berulang-ulang, yang tak sempat bersara pun ada.

    tak kiralah sama ada yang sakit itu (mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing) berada di gred kanan tertinggi 26, atau 38, mahupun gred 54 waima JUSA atau Turus sekalipun, ketidakmampuan meneruskan perkhidmatan dengan baik akibat sakit kronik amatlah dikesali dan turut menjejaskan jabatan. apa tidaknya, kalau penurunan kuasa dan tugas sepanjang ketiadaan itu jadinya berlapis-lapis hingga kepada pegawai paling bawah di jabatan! bila dah jadi begitu apa lagi, timbullah apa yang sering dikatakan sebagai kerenah birokrasi, iye tak? nak menurunkan ilmu dan pengalaman kepada junior-junior di jabatan pun dah tak mampu sebab selalu cuti sakit aje…

    sehebat negarawan ulung Tun Dr Mahathir pun bersara juga, kita yang lain-lain tu, sendiri mau ingatlah…

    itu pun Dr M masih dihargai rakyat dan masih menjadi igauan ngeri musuh-musuh politiknya, kenapa ye? sebab beliau tetap seorang yang berkualiti dan mampu menyampaikan yang bernas-bernas waima sesudah bersara!

    salam hormat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s