Sumbangan Untuk Rumah Anak Yatim dan Miskin Teratak Rahmat.

Allah berfirman:

يَآيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِّنَ اْلأَرْضِ, وَلاَ تَيَمَّمُوْا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ وَلَسْتُمْ بِئَاخِذِيهِ إِلآَّ أَنْ تُغْمِضُوْا فِيْهِ, وَاعْلَمُوْآ أَنَّ اللهَ غَنِيٌّ حَمِيْدٌ.

Maksudnya: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.(al-Baqarah:267)

Rasulullah bersabda:
Maksudnya: ‘Tidak akan berkurang harta kerana disedekahkan. Bahkan semakin bertambah, bahkan semakin bertambah’
(Hadis Riwayat Muslim)

Teratak Rahmat amat mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak. Penyaluran sumbangan boleh dibuat pada bila-bila masa, secara harian, mingguan, bulanan, bermusim atau tahunan.

Sumbangan barangan dan peralatan boleh diberi dalam bentuk tajaan, pinjaman (jika berkaitan) ataupun pembelian dengan harga diskaun yang munasabah dalam bentuk berikut:

A. MAKANAN
Bahan makanan asas, basah atau kering, contohnya: beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, kopi, teh, milo, susu tepung, susu pekat, kicap, sos, bihun, mee, kuetiau, biskut, sayuran, bebawang, kekacang, kentang, ayam, ikan, daging, ikan kering, tauhu, buah-buahan dan sebagainya

B. UBAT-UBATAN

C. BARANG KEPERLUAN LAIN
Sabun basuh pakaian, sabun mandi, peluntur, ubat gigi, syampoo, cecair pencuci tandas, pencuci lantai, nila, kapur kasut, dan sebagainya

D. PERALATAN PEJABAT (Baru/Terpakai) – Ditaja/Dipinjamkan
Komputer, pencetak, mesin faks, alat pemadam api, meja, kerusi, white board dan lain-lain

E. PERALATAN LAIN (Baru/Terpakai) – Ditaja/Dipinjamkan
Mesin basuh, ketuhar/oven, peti sejuk, seterika, pinggan-mangkuk, mesin jahit, almari pakaian, rak buku, televisyen, kipas, permaidani, tilam, bantal, tuala, cadar, selimut, langsir dan sebagainya

F. BUKU (Baru/Terpakai) – Ditaja/Dipinjamkan
Buku-buku teks, buku kerja, soalan ramalan dan sebagainya untuk pelbagai subjek untuk peringkat UPSR, PMR, SPM, STPM, SRA, SMU, MUET dan sebagainya; buku-buku agama, buku-buku umum, novel-novel bermanfaat, tajaan akhbar harian, tajaan langganan majalah bermanfaat, vcd keagamaan dan dokumentari, perisian-perisian komputer yang berfaedah dan sebagainya.

G. PAKAIAN (Baru/Terpakai) – Ditaja/Dipinjamkan
Uniform sekolah lelaki, uniform sekolah perempuan, kain batik, kain pelekat, tudung, baju kurung, baju Melayu, kopiah/songkok, seluar track (track bottom), kemeja-t lengan panjang (untuk perempuan), kemeja-t lengan pendek, sweater, stokin, kasut, kasut sukan, selipar, sandal dan sebagainya

H. KENDERAAN (Baru/Terpakai) – Ditaja/Dipinjamkan
Basikal untuk anak-anak ke sekolah, kereta, van atau bas (untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang, mengambil barang dari rumah/kedai penyumbang, kegunaan di waktu sakit dan lain-lain)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi
Pengerusi Teratak Rahmat, saudara Othman Haji Husin ( 013-4107924 ), atau
Setiausaha Kerja, saudara Azwar Ibrahim (019-4935075 ),
Ketua Unit Pendidikan, saudara Hazman Hassan ( 019-4459382 ) atau
Email teratakrahmat@gmail.com.

Sesungguhnya walaupun sebutir beras diberikan, setiap sumbangan Tuan/Puan amat berharga di sisi kami. Semoga dengan tajaan/pinjaman ikhlas yang dibuat oleh Tuan/Puan akan diganjari oleh Allah dengan balasan syurga dan keampunan-Nya.

Teratak Rahmat ini terletak di Pusat Pengajian Islah Km 1.2 Jalan Mata Ayer, 02500 Kangar Perlis dan kini terdapat 23 orang kanak-kanak yang beusia diantara 6-17 Tahun.
Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat amal jariah bolehlah menghubungi teus Teratak Rahmat atau melalui Paksu sendiri.Insyaallah semoga amal baik kita ini akan mendapat balasan setimpal dari Allah yang Maha Berkuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s