TM lebih sesuai bermakna “Tak Mau”

TM bermakna Telekomati@Tak Mau

Syarikat bukan main gah namanya dan menjadi kebaggaan negara. Tapi servicenya macam tak seindah dan sebesar namanya.

Apa tidaknya,isi borang permohonan perkhidmatan mendapatkan internet streammyx pada 28 Nov 2010 dulu sampai dah nak habih tahun belum lagi boleh diuruskannya.

Yang syoknya dah dua kali pekerja@agennya datang kerumah dengan beberapa alat lau cucuk sana dan cucuk sini kemudian memberi alasan kepada kita “maaf pakcik, depa tak pasang line lagi”.

Inilah rupanya syrikat GLC dinegara kita,gaji dan bonus nak tinggi,kalau rasa nak rugi sikit depa cadang nak penaik kadar bil. Kerajaan dok salak sana-sini nakkan semua rumah ada perkhimatan internet termasuk di luar-bandar yang depa dok buat apa xtau.

Kadang-kadang ini yang selalu kita dok puji syarikat bangsa asing, buka kerana depa tu baik dan cekap sangat. Syarikat bangsa asing selalunya pandai menjaga hati pelangan dan mengambil pendekatan memberi perkhimatan yang “SEGERA” terhadap kehendak pelangan.

Tak percaya pergi kedai atau syarikat bangsa asing,dia akan panngil anda Tuan,Encik atau Boss. Tapi kalau orang sebangsa kita dia akan kata “Pak cik nak apa”……..
Hampa pikirlah sendiri standard orang kita berniaga……………..

One thought on “TM lebih sesuai bermakna “Tak Mau”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s