AZAM TAHUN BARU 2011


Hanya beberapa jam sahaja lagi kita akan berada di Tahun baru 2011. Seperti setiap tahun ramai diantara kita akan merayakannya dengan perbagai macam cara. Yang pasti semua kita berharap agar kedatangan tahun baru ini akan membawa sesuatu perubahan khususnya yg positif atau pun yang baik-baik belaka.

Bagi Paksu, kehidupan didunia ini sebenarnya sama sahaja dari dahulu sehingga sekarang. Bermula dari terjaganya kita dari dimatikan buat sementara waktu pada masa kita lena,kita sebenarnya melakukan perkara routine yang sama setiap hari sebelum kita memejamkan mata semula untuk lena atau dimatikan sementara waktu. Itulah yang kita lakukan dari masa kesemasa sehingga akhir hayat kita nanti.

Sebagai seorang Islam, kita kena percaya pada Qadha dan Qadhar dari Allah saw dan Allah berkata didalam Al-Quran bahawa “Tidak dia jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadanya”.

Jadi bersempena dengan kedatangan tahun 2011 ini, marilah kita semua selaku hamba Allah di atas muka buminya ini menunaikan janji kita dengan Allah untuk mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Insyaallah semoga kita semua beroleh rahmat dan berkatnya. Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s