Cerita orang pencen

Sebut pasal “Pencen” ada dua persoalan yang selalu kita dengar. Setengahnya tidak sabar-sabar menanti tarikh akhir dia dalam perkhidmatan dan ada sebahagian kecil pulak nampak sedikit macam sugul dan muka risau dengan kedatangan tarikh tersebut.

Ada dua hakikat mengapa terjadi demikian. Ada setengah orang tu, dia takut untuk menghadapi zaman pencen sebab akan kehilangan sebahagian dari sumber kewangan serta kehilangan pangkat dan kedudukan yang sudah sekian lama dok dinikmatinya. Dan ada pulak setengah tu, memang berhajat untuk berehat sepenuh masa setelah sekian lama sibuk dengan tugas serta tanggungjawabnya selama ini. Maklumlah ada tu telah berkhidmat diantara 30-35tahun.

Masing-masing bila sampai umur persaraan nampak macam sedikit kelam kabut seolah-olah sedang mencari sesuatu dan disini nampak sangat selama ini kita tidak pernah bersedia apatah lagi merancang dengan baik untuk persediaan hidup kita selepas bersara.

Soalan paling popular yang anda perlu jawab nanti selepas persaraan ialah “Hang buat apa la”.Dan mereka tidak akan berpuashati kalau kita menjawabnya “dok saja”.(bahasa orang Kedah bermakna tidak melakukan apa-apa pekerjaan)

Kepada kawan-kawan yang akan mengakhiri zaman pekerjaan makan gaji dinasihatkan agar usah risau dan takut.Rancanglah dengan baik dan gunakanlah pengalaman hidup bekerja selama lebih 30 tahun itu sebagai panduan. Inilah peluang terakhir kita untuk melakukan apa yang kita inginkan dan buatlah perkara yang bersesuaian dengan pengetahuan dan umur kita.

Melakukan kebaikkan disisi Allah SWT adalah merupakan satu nikmat yang paling besar serta mempunyai kesihatan yang baik adalah paling beharga sekali disaat umur kita mencecah akhir 50an ini. Inilah yang Paksu cari ketika ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s