Cerita pemandu bas Rapid Penang.

Selalunya orang akan bercerita tentang pemandu bas bila ada berlaku kemalangan jalanraya. Namun cerita ini paksu perolehi sendiri ketika berada di Pulau Mutiara baru-baru ini.

Ini adalah pengalaman pertama Paksu menaiki bas di Bandaraya Pulau Pinang dan terasa macam sedikit kekok kerana agak lama tidak pernah menggunakan perkhidamatan awam di dalam bandar sejak meninggalkan Kuala Lumpur pada tahun 1997 dulu.

Dalam melayan perasaan antara seronok dan gusar tiba-tiba bas berhenti di depan kami yang berbaris menunggu dengan sabar. Yang sedehnya apabila kami sedang menaiki bas berkenaan PJF 8334 Rapid Penang laluan Teluk Bahang – Jetty jam 1025pagi, kami disambut dengan leteran berjela dari Pemandu berkenaan. Pemandu bas berkenaan membebel menyalahkan kami yang tidak mahu naik bas yg ada di belakannya yang didakwanya tiada ramai penumpang.

Masyaallah, sepatutnya penumpang yang berhak memarahinya kerana kita adalah pelangannya dan dia dibayar gaji untuk memberi perkhidmatan kepada kita.

Namun Paksu buat pekak badak sahaja berlagak macam pelancung asing yang tak paham percakapan dia. Tapi kasihan Paksu kepada dua orang Apek tua yang mungkin juga tidak paham apa yang dibebelkan oleh pemandu bas berbangsa Melayu kita.

Dan semasa perjalanan pulang Paksu dari Pasar Chowrasta ke Hotel Paksu di Pulau Tikus, sekali lagi Paksu menemui pengalaman menaiki bas awam. Bas no PJJ 1907 jam 12 tengahahri yang dipandu oleh seorang yang berbangsa India agak jauh berbeza sikapnya dari pemandu yang berbangsa melayu tadi.

Pemandu ini nampaknya mengamalkan budaya yang amat membanggakan kerana dia bukan saja tidak membebel atau memarahi penumpang yang tersilap menaik basnya, malah dengan senang hati membantu penumpang berkenaan menunjukkan arah jalan yang sepatutnya kepada penumpang berkenaan.

Itulah dua cerita yang Paksu dapat sebagai pengalaman menggunakan perkhidmatan pengankutan awam di negara kita. Memang adat dunia kini, jarang ada orang nak menghormati sesama manusia dan mereka lebih suka untuk menghina dan memarahi orang lain kerana mereka merasakan diri mereka itu lebih hebat dari orang lain walaupun dirinya sebenar tidak sehebat mana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s