Jadilah Pesara yang ada suara.

Paksu “angkat tangan” pada Sdr Mat Zain Ibrahim bekas ketua CID Kuala Lumpur yang dengan berani mengutus surat kepada bekas Majikannya iaitu Ketua Polis Negara bagi melemparkan pandangan dan serta pendapat beliau berkaitan kes siasatan polis terutama yang berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa sedang berkhidmat dulu mungkin kita tidak berupaya atau takut untuk melontarkan pendapat atau komen kepada pehak atasan.(Takut kena tindakan) Kalau adapun mungkin jarang pehak atasan akan menggunapakai pendapat serta pandangan orang bawahan terutama bila pendapat atau pandangan tersebut berbeza dengan kehendak orang atasan.

Seruan paksu kepada semua gulungan pesara lain, gunakanlah kedudukan kita sebagai pesara ini untuk memberi apa jua pandangan dan kritikan terutama untuk penambahbaikan kepada beberapa isu atau polisi kepada bekas majikan atau organisasi kita. Tidak salah kita mengutarakannya kerana kita sememanglanya layak kerana hampir 30-35 tahun kita telah menghabiskan masa bersama mereka dalam khidmat dan kepakaran kita dalam organisasi berkenaan.

Jadilah “Pesara yang ada suara” dan elakkan menjadi “Pesara yang terpenjara”.

Paksu Insyaallah melalui Blog Paksu Pencen ini dari masa kesemasa akan cuba melemparkan beberapa isu yang berkaitan dengan pengalaman lampau Paksu dalam perkhimatan awam dahulu.

One thought on “Jadilah Pesara yang ada suara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s