Orang ketiga punca segalanya…..

Minggu sudah sekali lagi Paksu berkesempatan berada di Mahkamah Syariah Kangar. Sahabat Paksu yang bekerja sebagai penulis akuan berlesen disitu menyatakan hampir 5-10 pelanggan yang berurusan dengannya terutama untuk menfailkan proses penceraian.

Memang betul apa yang dikatakannya kerana selama sejam Paksu bersamanya telah ada 5 pelanggan sedang menunggu.Semuanya wanita dan mereka ini datang untuk menfailkan notis permohonan cerai dari suami mereka. Masyaallah semuanya muda-muda belaka dan Paksu menganggarkan umur mereka ini semuanya dibawah 25 tahun sahaja.

Paksu sempat juga memasang telinga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai alasan dan sebab-sebab mereka ini ingin memohon membubarkan perkahwinan mereka. Semuanya memberi alasan telah tiada persefahaman dan menyatakan yang suami mereka tidak mahu bekerja dan tidak mampu untuk menyara kehidupan berkeluarga.

Kesemua 5 orang yang terlibat tersebut pulak menyatakan mereka telah pun ada orang lain yang lebih menyintainya dan mempunyai hubungan intim dengan lelaki lain semasa keluar bekerja.

Apa nak jadi dan kenapa terjadi begini Wallahualam, sama-samalah renungkan agar ianya menjadi panduan serta iktibar untuk semua kita yang hidup dizaman penuh pancaroba ini.

2 thoughts on “Orang ketiga punca segalanya…..

  1. pakngah says:

    itu yg membawa kes kemahkamah..yg buat kes sndiri, belambak2..bukan ramai..tapi terlalu ramai isteri2 muda yg bertindak demikian..walaupun alasan yg diberikan itu bolih diterima..kadang2 pakngah ada tersinggah diblog2 18 SX, ramai isteri2 yg dg ikhlas meluahkan masaalah sedemikian diblog tersebut..maaf pkngh nak cakap, kebnyakannya mereka mengaku tidak puas diranjang bersama suami..setrusnya mereka rela serahkan tubuh kpd rakan sekerja semata2 utk mencari kepuasan sex..ada yg tergamak menduakan suami, ada yg meninggalkan suami..dn kerap melakukan zina dg kekasih terlarang mereka..dan terdapat bermacam2 pengakuan lagi yg mereka sanggup siarkan dibolg2 itu untk pengetahuan umum…ini hanya secara ringkas..maaf dan trm kasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s