Cerita orang pencen

Seronok bila dapat peluang jumpa kawan-kawan lama sesama bertugas dulu. Soalan popular yang sering diajukan bila berjumpa mereka ialah ‘Hang buat apa la ni ‘.

Dengar cerita ramai kawan yang baru pencen sibuk melayan anak dan cucu dan ada setengah tu sibuk nak buat kenduri kahwin anak-anak. Ada tu pulak sibuk melancung kesana sini dan kini dah mula terbang ke luar negara, dalam negeri tak main le.

Ada yang minat berniaga pulak telah mula menapak menjadi ahli korporat dengan menjalankan perbagai jenis perniagaan dan tak kurang juga yang melibatkan diri sebagai kontraktor dan perniagaan peruncitan lain. Baguslah, dengan pengalaman dan modal yang ada, inilah masanya memenuhi impian masing-masing.

Walaupun telah menjadi orang pencen, tak sunyi juga kedengaran berita-berita baik dan buruk yang disampaikan oleh kawan-kawan samada melalui Facebook atau SMS. Berita kematian selalunya cepat sampai, dan tak kurang juga gosip-gosip ringan mengenai kawan-kawan kita yang berjaya membuka ‘cawangan’ baru atau rumah kedua.

Apa-apa pun selamat maju jaya kepada semua dan ambillah peluang masa pencen ini untuk melakukan apa-apa jua yang anda suka dan yang menjadi impian anda selama ini. Yang penting perlu diingat bila kita telah berada dalam dunia orang pencen ini, ialah itu tandanya kita sudah berada di penghujung dunia. Bersedialah untuk kita mengadap Pencipta kita bagi dihisap akan segala perbuatan dan amalan kita terdahulu. Insyaallah apa yang akan kita dapat nanti adalah bergantung kepada apa yang kita lakukan selama ini. Buat baik akan dapat baik manakala begitulah jua sebaliknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s