Dari meja Mufti

Doa Menziarahi Orang Meninggal Dunia

عَن أم سلمة قَالَتْدَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرَهُ فَأَغْمَضَهُ فَصَيَّحَ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ فَقَالَ لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ ثُمَّ قَالَ

Mafhumnya: “Daripada Umm Salamah katanya: Rasulullah SAW masuk menziarahi Abu Salamah yang meninggal dunia, dalam keadaan matanya terbuka, lalu baginda menutupkannya. Beberapa orang dari kalangan keluarganya menangis dengan meninggikan suara, lalu baginda bersabda: Jangan kamu semua menyebut perkara yang tidak baik terhadap diri kamu sendiri[1], kerana sesungguhnya para Malaikat mengaminkan apa yang kamu semua katakan, kemudian baginda berdoa:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ رَبَّ الْعَالَمِينَ وافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Mafhumnya: “Ya Allah berikan keampunan kepada Abu Salamah, tinggikan darjatnya bersama dengan orang-orang yang mendapat petunjuk, (Ya Allah) jadilah penggantinya selepas ketiadaannya memerhatikan kebajikan ahli keluarganya yang masih hidup, ampunilah kami dan dia wahai Tuhan Sekelian ‘Alam, Ya Allah luaskanlah kuburnya dan berikan cahaya untuknya di alam Barzakh.” (Hadis riwayat Muslim)

Semoga ziarah terakhir kita memberi makna dan menjadi amalan yang mendapat kebaikkan serta keredhaan dari allah SWT.

Sumber:Pejabat Mufti Negeri Perlis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s