Islam agama penyelesaian

Riuh hari ini dalam semua dada akhbar arus perdana dengan berita orang Islam terpaksa menagih bantuan dari pehak bukan beragama Islam.

Perkara ini tidak sepatutnya terjadi dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan tinggal di negara yang makmur sebegini.

Tetapi itulah hakikat yang sebenar. Saban hari kita dipaparkan di TV dan akhbar harian mengenai penderitaan hidup rakyat yang kebanyakannya beragama Islam. kita ditunjukkan betapa dhaifnya kehidupan setengah mereka yang terpaksa hidup mendiami rumah usang dan menderita sakit tampa mendapat rawatan yang sepatutnya.

Yang peliknya, umum mengetahui negara kita mempunyai Menteri yang khusus menjaga kepentingan Islam dan juga kementerian yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.

Selain dari itu, pelbagai institusi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan berselarak tumbuh kononnya untuk memperjuang dan menjaga kepentingan serta kebajikan Agama dan orang Islam di Malaysia ini.

Selaku rakyat beragama Islam yang hidup dalam negara yang makmur dan maju ini, kita patut merasa malu dan sedih dengan apa yang terjadi.

Adalah diharapkan sempena 31 Ogos akan datang iaitu bulan kemerdekaan yang berkebetulan sama dengan kedatangan 1 Shawal nanti, marilah sama-sama kita panjangkan doa agar pemerintah dan orang-orang yang bertanggungjawab keatas urusan ini diberikan petunjuk dan jalan oleh Allah swt untuk penyelesaian seadanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s