Thailand mula berubah.

Thailand mendahului kita apabila mengistiharkan gaji minima Bath300 (RM30) sehari untuk gulongan pekerjanya mulai Januari depan.

Perlaksanaan sistem ini sudah tentu akan meningkatkan kos pengurusan dan perniagaan sekaligus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhimatan.

Thailand yang terkenal sebagai pusat beli belah dan percutian oleh Rakyat Malaysia terutama yang tinggal dikawasan sempadan kerana menganggap kos percutian disana lebih murah.

Kita boleh menginap di hotel-hotel yang ternama dengan kadar harga antara RM65-RM130 semalam dan menikmati juadah makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.

Adakah keadaan ini akan berkekalan pada tahun mendatang? Dengan kedudukan matawangnya yang stabil dan perlaksanaan gaji minima untuk gulongan pekerjannya berkuatkuasa januari 2012 akan datang, sudah tentu label “semua murah” di Thailand tidak akan dapat dipertahankan.

Sudah tentu harga-harga bilik hotel, kadar tambang tut-tut, harga makanan Tom Yam dan perkhidmatan urutan tradisional Thai yang popular juga akan turut naik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s