Bagus punya layanan staf pejabat ini….

Tengahari tadi jam lebih kurang 1215 tengahari Paksu bertandang ke Pejabat hal Ehwal Agama Islam Negeri kedah Darul Aman. Seperti biasa bahagian yang selalu ramainya orang adalah dibahagian nikah kahwin.

Apa yang nak Paksu cerita disini ialah tentang betapa cekap dan mesranya layanan oleh kakitangan pejabat ini terhadap Paksu. Apa tidaknya, belum sempat Paksu melabuhkan punggung yang sekeping itu ke kerusi yang disediakan Paksu terus disergah ” Encik nak buat apa?”.Lantas urusan Paksu telah dibereskannya dalam masa tak sampai pun 5 minit.

Alhamdulillah, agaknya Pegawai ini berpengalaman dan mungkin tergulong dalam senarai kakitangan cemerlang. Selalunya puas kita menunggu dikerusi yang disediakan kerana jarang ada kakitangan di kauter hadapan dan kalau adapun selalunya dia sibuk dengan urusan panggilan talipon dan kerjanya.

Kalaulah semua kakitangan kerajaan terutama yang berhadapan dengan pelangan terutama rakyat jelata bersifat begini, Insyaallah tentu mereka semua akan dirahmati dan diberkati. Cukup tahun tentu bonus dan kenaikan gaji akan dengan mudah diberi oleh pemerintah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s