Jamuan raya disana sini

Sepanjang bulan Shawal ini, semua sibuk dengan jamuan raya disana sini terutama dihujung minggu.

Kalau sebelum ini sibuk dengan majlis berbuka puasa dan meraikan anak-anak yatim disana sini, kini masing-masing sibuk pulak mengajak kawan-kawan dan sahabat handai kerumah untuk majlis ‘open house’ yang menjadi sinonim dengan masayakat kita dimusim raya ini.

Alahmdulillah itulah tanda makmurnya rakyat negara kita ini yang agak mewah dengan sumber makanannya. Orang kita terutama Melayu memang suka berkenduri, nak pergi Mekah, Umrah, lulus periksa, naik pangkat, naik rumah baru dan macam-macam lagi nama jamuan yang sering dianjurkan.

Agaknya ini adalah kerana selari dengan suruhan agama yang menggalakkan kita memberi makan dan minum kepada orang. Adalah diharapkan semua amalan ini diterima oleh Allah swt dan hendaklah diingatkan agar orang yang berhak mendapat nikmat makan tersebut tidak dilupakan terutama jiran terdekat, saudara mara dan gulungan yang tidak mampu iaitu orang-orang miskin dan anak-anak yatim juga turut dijemput untuk menikmatinya.seronoknya depa menikmati hidangan yang disajikan……..FOC katakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s