Rumah kedai Vs gerai haram

Bila agaknya keadaan ini akan dapat hilang terus dari pemandangan mata kita semua rakyat malaysia yang dikatakan semakin maju ini?

Bila ada pembukaan pekan baru atau siap pembinaan deretan rumah kedai baru sahaja akan muncul dengan tiba-tiba deretan gerai haram ini dibahu-bahu jalan atau di kawasan tanah simpanan atau sesetengahnya terus dibina dikawasan tempat meletak kenderaan yang dikhususkan untuk kemudahan pengguna.

Yang lebih sedeh dan malangnya ialah deretan gerai ini selalunya diusahakan oleh kaum kita ‘Melayu’ manakala kedai-kedai bertingkat yang gah tersergam berhampirannya pulak adalah dimiliki oleh bangsa lain.

Betullah sebagaimana kata setengah orang bahawa orang kita suka benda yang free sahaja, sampai nak berniaga pun tetap mahu kawasan atau kedai yang free yang tidak perlu membayar apa-apa bayaran terutama sewaan bulanan.

Kepada pehak berkuasa atau pemerintah, perkara ini sememangnya menjadi duri dalam daging. Hendak dirobohkan gerai-gerai ini, nanti akan muncul hero atau robin hood yang akan menghalangnya. Bila dibiarkan, sudah tentu menimbulkan masalah dan kecacatan dan ketidakadilan kepada pemilik peremis yang mengeluarkan belanja ratusan ribu untuk memiliki peremis perniagaan berkenaan.

Sebagai pengguna, kita pun turut menyampah kerana menganggu dan menyusahkan kita untuk untuk mendapatkan kawasan meletakkan kenderaan. Mata kita pun turut sakit bila melihat keindahan pekan kita dicemari oleh pertumbuhan gerai haram ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s