Apa rakyat akan dapat dari bajet 2012

Setiap tahun Pm akan membentangkan belanjawan tahunan negara yang kini seolah-olah menjadi harapan kepada segenap lapisan rakyat untuk mendapat habuan masing-masing.

Bajet 2012 yang diwarwarkan merupakan bajet untuk rakyat berpendapatan rendah dan orang miskin akan dibentangkan esok 7 Oktober jam 0300 petang. Semua mata rakyat malaysia akan tertumpu kepada siaran langsung yang akan disiarkan oleh semua saluran TV.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, penjawat awam adalah orang yang paling teruja menunggu pembentangan bajet ini. Mereka terlalu berharap melaluinya akan ada habuan yang akan diperolehi sekurang-kurangnya bonus tahunan dan kalau boleh kerajaan akan mengumumkan kenaikkan gaji seperti yang mereka perjuangkan.

Dan bagi rakyat jelata, pembentangan bajet ini telah sinonim dengan kenaikkan harga barang. Selalunya selepas sahaja pembentangan bajet oleh PM di Parlimen, rakyat akan disajikan dengan kenaikkan harga barangan tertentu terutama barangan keperluan harian.

Sama-samalah kita lihat esok bagaimana PM Najib menjadikan bajet 2012 ini adalah bajet untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan orang miskin. Semoga bajet 2012 kali ini benar-benar berupaya membantu rakyat menghadapi kehidupan dunia yang global disamping dapat menikmati kehidupan yang lebih makmur dan sejahtera.

Paksu hanya nak tumpang seronok dan melihat semua orang-orang kampong hidup dengan senang dan makmur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s