“Gendang Pilihanraya telah dipalu dan gemanya semakin dirasai” kata Datuk Seri Najib.

Datuk Seri Najib secara terbuka telah mengistiharkan kepada umum bahawa PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa sahaja bermula dari hari ini.

Beliau berkata demikian dihadapan seramai 8000 angota BN yang hazir di PWTC tadi sempena Majlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC.

Sememangnya PM Najib tidak boleh menunggu lebih lama lagi untuk mengadakan PRU13 ini kerana beliau menjangkakan rakyat kini telah kembali menyokong dan menerima corak pemerintahan yang dibawa beliau serta mengambil peluang haba kehangatan bajet yang diumumkan jumaat lalu.

Beliau dan penasihatnya tentu mendapat maklumat yang memberangsangkan mengenai penerimaan baik rakyat terhadap pembentangan bajet yang dianggap terbaik dan merupakan bajet untuk seluruh rakyat.

Langkah Datuk Seri Najib yang memberi secara terus beberapa peruntukan kewangan kepada kumpulan sasar iaitu rakyat yang berpendapatan rendah melalui bajetnya adalah merupakan cara paling berkesan dan sememangnya boleh menaikkan sokongan pengundi kepada parti pemerintah.

Ramai pemerhati politik juga bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Najib mempercepatkan tarikh PRU13 kali ini bagi memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan program transformasi politik dan ekonomi negara dengan lancar dan berkesan selepas pembentukan barisan kabinet yang baru kelak.

Adalah dijangkakan beliau akan sekali lagi menjelajah keseluruh negara sebagai pusingan terakhir dan selepas itu wisel permulaan piliharaya mungkin akan ditiupkan dalam masa yang terdekat ini.

Sebagai rakyat marhaen yang tidak punya apa-apa kepentingan dalam politik, kita bersedia pada bila-bila masa untuk memilih siapakah bakal pemimpin dan seterusnya pemerintah negara ini. Bila tiba masanya nanti marilah kita ramai-ramai keluar mengundi.

One thought on ““Gendang Pilihanraya telah dipalu dan gemanya semakin dirasai” kata Datuk Seri Najib.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s