D’Mara Plaza Kangar

Semasa berada di Kangar, Paksu berkesempatan berkunjung ke Komplek D’Mara Plaza Kangar yang tersergam indah di Jalan Syed Alwi. Terkedu seketika bila saja pintu cermin automatik terbuka kerana kagum dengan kebersihan lantainya. kata isteri Paksu mungkin bersih kerana kerajinan pekerja pencuci bangunan berkenaan atau bersih kerana tiada pelangan yang berkunjung kepremis perniagaan berkenaan.
pintu masuknya yang tertutup dengan pintu cermin automatik
banyak kios perniagaan yang disewa peniaga kecil telah ‘bungkus’
banyak juga lot-lot perniagaan kecil yang berada di tingkat atas telah menutup perniagaan.
keadaan barangan dalam Pasaraya Hafifah juga tidak disusun dengan teratur dan menarik, sesetengah rak barangan telah terbiar kosong begitu sahaja.

Melihat kepada keadaan barangan serta susun atur dalam pasaraya berkenaan, Paksu rasa ada yang tak kena berlaku disini. Pengunjung juga tiada kelihatan bertali arus yang datang. Hanya Paksu dan isteri Paksu sahaja yang berada di tingkat atas pasaraya berkenaan pada waktu itu.

Apa yang terjadi dan akan terjadi selepas ini wallahualam. Apa-apa pun tabek kepada Hafifah yang mampu bertahan menjalankan perniagaan sekian lama di Komplek perniagaan ini. Namun lokasi Komplek Perniagaan ini memerlukan sentuhan dan kuasa ajaib yang kuat untuk menarik pengunjung kesini.

Kita harap ianya akan menjadi pusat tumpuan ramai suatu hari nanti. Namun sesuatu perlu difikirkan oleh pemilik komplek berkenaan iaitu MARA bagi menjamin kelangsungan wadah perjuangan MARA dalam membangun masyarakat bumiputra dalam perniagaan.

2 thoughts on “D’Mara Plaza Kangar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s