Baru setahun jagung dah kena tutup.


Apa dah jadi dengan rangkaian restoran makanan segera yang baru muncul dinegeri-negeri kawasan utara milik sebuah syarikat MLM ternama.

Hingga kini didapati 3 buah restoran ini yang umurnya tidak sampai setahun jagung telah menutup pintu kedainya. Satu di Alor Setar dan satu di Kodiang serta yang terbarunya iaitu di Seriap Perlis.

Hairan bin ajaib juga bagaimana sebuah perniagaan rangkaian restoran makanan segera yang agak besar boleh menutup operasi pada umur perniagaan yang yang begitu singkat.

Nak dikatakan tiada perancangan dan modal yang mencukupi tidak patut sangat,kerana sesebuah perniagaan yang besar sebegitu semestinya dirancang dengan sempurna dan teliti sebelum projek dimulakan.

Begitulah perniagaan. Semua jenis perniagaan menguntungkan tetapi tidak semua yang menjalankan perniagaan beroleh keuntungan. Tidak semua apa yang dilakukan orang lain boleh dilakukan oleh kita. Untung rugi, susah senang, naik dan jatuh adalah asam garam perniagaan. Begitupun pengurusan yang cekap dan bijak serta perancangan yang strategik sangat penting dalam apa jau jenis perniagaan. Dan yang lebih penting Allah Maha Berkuasa dan Allah yang memberi rezeki serta Allah jua yang menyempitkan rezeki kita.

Paksu bila dah tua2 sebegini dah tak suka makan daging ayam, tapi hanya suka tengok ayam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s