KOPITIAM tempat sarapan pagi popular di Alor Setar


KOPITIAM dengan 27 buah gerai yang menyajikan pelbagai jenis makanan kini menjadi tempat paling popular untuk bersarapan pagi kepada warga Bandaraya Alor Setar.

Terletak di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar, dulunya adalah merupakan bangunan perhentian bas Teluk Wan Jah yang kini telah diubah menjadi medan selera terbesar yang menjadi tumpuan ramai pengunjung pada setiap pagi.

Lokasinya yang terletak bersebelahan UKIR MALL di Teluk Wan Jah ditengah-tengah Bandaraya dan tersedia dengan kemudahan tempat letak kereta membuatkan ianya menjadi tumpuan ramai.

Kopitiam kini menjadi tarikan kepada orang Alor Setar kerana disini selera anda pasti akan dipenuhi kerana macam-macam ada seperti cucur kodok pisang sehinggalah kepada semua jenis makanan yang popular di Alor Setar termasuk Laksa, Mee Abu, Popia, Bihun Sup, Nasi Kandaq dan perlbagai jenis makanan masakan melayu, barat,India dan Cina.

Sesiapa yang rasa-rasa tidak ada selera untuk makan bolehlah berkunjung kesini kerana, perut anda pasti akan terus terasa lapar bila mata anda mula melihat pelbagai juadah makanan yang ditawarkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s