Awas dengan perbezaan tanda harga barangan yang kita lihat dengan tanda harga sebenar yang tercatat pada kod harga .

Tesco

Tesco-semacam pasar malam modern

Memang selesa dan seronok membeli belah di pasaraya besar. Mata kita dihiasi dengan pelbagai barangan dan tanda harga promosi pada rak pameran barangan.

Tahukah anda bahawa kadang-kadang harga sebenar yang ada pada kod harga barangan adalah berbeza dengan apa yang tertulis di kertas promosi tanda harga yang kita nampak?

Ini cerita pengalaman Paksu ketika membeli satu barangan disebuah pasaraya besar disini. Bila ternampak saja tanda besar harga promosi RM5 pada rak barangan tersebut, paksu terus memilih 3 jenis barangan yang berada di situ dengan fikiran semua barangan tersebut bernilai RM5.

Semasa membuat pembayaran dikaunter, Paksu menyerahkan wang RM20 dengan harapan harga semua barangan tersebut hanya RM15 sahaja. Apa yang terjadi adalah sebaliknya iaitu jumlah sebenarnya adalah RM46 sepertimana yang tercatat pada tanda kod harga barangan berkenaan yang tidak dapat dilihat oleh kita secara manual.

Ini bukan penipuan, tetapi mungkin cara pemasaran modern yang digunakan untuk menarik kuasa beli kita. Pelangan perlu dipengaruhi untuk membeli seberapa banyak barangan dan disinilah perasaan pelangan dimainkan dengan perbagai cara dan taktik.

Jarang sekali pengguna sanggup menyemak dan memeriksa semasa dikaunter yang dibarisi panjang pengguna lain di belakang kita.

Paksu bernasib baik pada hari itu kerana hanya membeli 3 barangan keperluan itu sahaja. Setelah protes dibuat paksu pulangkan semula barangan yang harganya berbeza dengan tanda harga promosi itu.

Jaga-jaga esok hari minggu, tentu ramai yang berhasrat untuk membeli belah perbagai barangan yang kita anggap promosi dan murah di pasaraya-pasaraya besar yang ada di sekeliling kita masa kini.

Jangan biarkan niat dan usaha kita untuk berjimat dan mendapat barangan dengan harga yang berpatutan menjadi sebaliknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s