Jalan untuk dapat perlindungan Allah swt……

Semua kita ingin mendekati dan hidup dengan mendapat perlindungan Allah swt. Tetapi ramai antara kita tidak mengetahui atau mahu mengikut jalan yang ditunjukkan oleh junjungan besar nabi kita Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: 

1)Imam (pemimpin) yang adil,

2) pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,

3) lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, 

4)dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, 

5)seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, 

6)seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,

7)seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Apa tunggu lagi, Insyaallah kalau kita semua ikut segala suruhan Allah swt sepertimana ajaran yang disampaikan kepada kita oleh Nabi Muhammad saw serta meninggalkan segala larangannya sudah tentu hidup kita akan menjadi lebih baik dan akan dapatlah petunjuk dan hidayah dari Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s