Sehari di Pekan Hatyai…..

Banyak perkara menarik di Bandar Hatyai yang menyebabkan ramai orang Malaysia berminat untuk bercuti disana.

Tanggapan bahawa terdapat barangan murah disini telah tidak dapat digunapakai lagi, kerana mereka juga terlibat dengan kenaikkan harga barang akibat kenaikkan harga minyak.

Namun tidak dinafikan harga bilik hotel di Pekan Hatyai jauh lebih murah dari harga di Malaysia. Anda boleh memperolehi bilik hotel yang selesa di tengah-tengan bandar dengan kadar harga serendah RM50 sehingga RM150 semalam dengan mudah.

Selepas menikmati hidangan Tom Yam, kaki mula boleh melangkah dengan gagah dan “Tut Tut” adalah pengangkutan resmi yang popular disini. Senang dan murah, lambai sahaja tangan anda dan nyatakan kemana saja destinasinya

Selepas puas meronda kesana sini dengan “tut tut”, akhirnya semua akan bertumpu di Hatyai Walking street yang terletak betul-betul di pusat bandar seperti “Bintang Walk” di Kuala Lumpur. Ramai pelancung Malaysia disini dan inilah pusat beli belah yang menjadi tumpuan terutama kaum wanita.

Di kiri kanan jalan penuh dengan peniaga yang menjual perbagai barangan hiasan, pakaian dan makanan.
Pulut adalah paling digemari dan ia digandingkan dengan samada durian atau pun buah mempelam dan kini harganya telah naik menjadi RM5 sebungkus.

Dan sebelum balik berehat di bilik hotel yang bertaburan di dalam bandar ini, urut kaki adalah rawatan paling baik bagi menghilangkan rasa-rasa sengal dan lenguh atau sakit tapak kaki. Dengan bayaran Thai bath 300, kita boleh beristirehat selama 1 jam di kerusi empuk sambil kaki kita diurut dengan begitu selesa sekali.

Sebenarnya dimana-mana pusat pelancongan ada keistimewaan tersendiri. Namun di Hatyai, pehak berkuasa Thailand telah merancang dengan baik sekali agar bandar ini menjadi mesra pelancong. Bayangkan dengan hanya anda berada di satu lokasi sahaja, anda boleh menikmati segalanya dengan mudah tampa perlu bergerak jauh dan sistem pengangkutan “Tut Tut” di sini adalah yang terbaik dan kita tidak merasa risau dan takut akan tertipu. Dengan hanya membayar secara tunai Thai Bath 30/seorang kepada operetornya, kita bisa dibawa kemana sahaja yang dikehendaki.

2 thoughts on “Sehari di Pekan Hatyai…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s