1% SAHAJA GRADUAN CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN

Diberitakan peluang pekerjaan untuk lepasan graduan dimasa akan datang agak meruncing. Melihat kepada bilangan IPTA dan IPTS serta bilangan pelajar yang berjaya memasuki gedung pengajian tinggi sekarang, kita merasa agak sedikit gayat dan tertanya-tanya kemanakah mereka selepas tamat pengajian nanti.

Dilaporkan pulak kini hanya 1% sahaja dari graduan yang menamatkan pengajian berminat dan menceburkan diri dalam bidang keushawanan. kemanakah selebihnya? mungkin sedang mengintai peluang-peluang pekerjaan yang selesa dan menarik dalam sektor awam dan swasta.

Dengan mempunyai segulung ijazah mereka mungkin mengimpikan pekerjaan yang menarik dan gaji yang tinggi setimpal dengan kelulusan mereka. Bolehkah atau akan adakah peluang ini. Wallahu’alam.

Ada baiknya kerajaan cakap saja berterus terang kepada gulungan ini bahawa ijazah kini belum tentu menjamin pekerjaan. Apa yang penting gulungan ini patut gunakan apa yang dipelajari di Institusi Pengajian Tinggi serta kelulusan yang ada untuk hidup berdikari dan menggunakan kemahiran yang ada untuk merebut peluang yang terbuka luas ini.

Apa tunggu lagi, jom kita p berniaga la,gantikan tempat-tempat warga emas yang dok meniaga cari makan sampai boleh menyara kehidupan keluarga dan anak-anak.

Bayangkan kalau penjaja-penjaja dan peniaga kecil yang rata-rata terdiri dari warga emas boleh menjalani kehidupan dengan aktiviti perniagaan seharian mereka, inikan pulak gulungan muda yang berkelulusan tinggi lagi inovatif tentu boleh melakukan sesuatu untuk meraih pendapatan lumayan hasil perniagaan itu.

Walau apa pun usaha kita, semuanya terserah kepada Allah yang Maha Berkuasa. Hanya dia yang menentukan segalanya yang terjadi keatas diri kita. Wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s