Banyaknya yang nak dilelong…..

Waaaaa banyaknya rumah yang nak kena lelong. Ini mesti kes gawat dimana ramai antara pemimjam yang gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan mereka mengikut jadual.

notis lelongan awam yg dipamerkan….

“Dalam lelongan awam, Jurulelong Berlesen merupakan wakil pihak bank untuk lelongan hartanah, lelongan dilakukan terhadap hartanah yang dirampas daripada pemilik asal kerana tidak menjelaskan hutang mereka.

“Biasanya pemilik asal akan diberikan beberapa notis dan amaran oleh pihak bank sebelum tindakan merampas dan melelong harta berkenaan.

“Undang-undang telah termaktub bahawa hartanah yang dilelongkan perlu diiklankan. Antara tempat di mana maklumat tersebut boleh diperoleh termasuklah surat khabar, mahkamah dan pejabat tanah.

Pada hari lelongan, mereka yang berminat membeli suatu hartanah lelong perlu membawa kad pengenalan dan juga wang tunai antara lima sehingga 10 peratus sebagai deposit seperti yang ditetapkan oleh pihak bank.

Loceng masih digunakan dalam urusan lelongan harta awam……


Syed Md Hazir Syed Noor salah seorang dari Jurulelong Berlesen yang juga merupakan YDP Pertubuhan jurulelong berlesen Negeri kedah sedang mengendalikan urusan lelongan awam …….

Kepada yang berminat nak mendapatkan harta melalui lelongan awam bolehlah melihatnya melalui iklan2 yang terpapar di akhbar harian,bank tempatan atau di mahkamah. Kalau nak jadi jurulelong berlesen pun boleh jugak. Nanti Paksu dapatkan maklumat tentang apakah syarat atau kelayakan minima yang diperlukan.Insyaallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s