SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433

Imej

Selamat menyambut hari lebaran dan merayakan kemenangan kita mengerjakan ibadah puasa sepanjang ramadhan yang lalu. Semoga Allah swt menerima segala amal ibadat kita serta beroleh rahmat dan nikmat seperti yang dijanjikanNya Insyaallah.

Alhamdulillah, Paksu tahun ini turut menyambut hari raya seperti biasa walaupun kedua-dua anak sulung dan kedua Paksu berhari raya di rumah mertua mereka masing -masing.

Kesempatan ini Paksu gunakan dengan mengunjungi rumah jiran Paksu yang berdekatan selepas sahaja selesai solat sunnat aidilfitri. Dapat juga merasa ketupat dan rendang yang disajikan mereka.

Sambutan hari raya pada tahun ini rasanya agak paling menjimatkan dan sedikit sangat belanja yang dikeluarkan  untuk tujuan sambutan ini. Tampa baju dan kain pelekat baru (yang lama pun ada yang masih belum dipakai) serta perhiasan rumah yang baru dan kuih mueh yang banyak, Paksu tetap boleh berhari raya seperti orang lain juga Insyaallah.

Alhamdulillah dengan belanja tak sampai RM200 Maksu boleh menyediakan sedikit kuih dan makanan ringan serta ketupat dan boleh memenuhi beberapa bekas kuih yang tersaji diatas meja hidangan.

  Alhamdulillah juga berkat sedikit rezeki yang berlebihan Paksu juga dapat memperuntukkan sedikit “ang pau” bagi saudara mara atau kanak-kanak yang mengunjungi rumah Paksu.

Hari Raya, setiap tahun akan tiba dan aturcaranya hampir sama sahaja  bagi semua kita. Yang membezakan sambutannya hanyalah masa. Meriah atau tidak bukan ukurannya, yang penting adakah amalan kita selama ini diterima oleh Allah swt. Wallahualam.